Arsip Agenda -> Agenda

Agenda

Tanggal : 2016-06-20 | Waktu : 15:19:01
Dr. H. Azhari Akmal Tarigan, M.Ag (Dekan FEBI UIN SU) memberikan Piagam Penghargaan kepada Para Narasumber pada Forum Diskusi Dosen ( FDD) Minggu Kedua Edisi Ramadhan 1437 H ,tema “Pembangunan Berteraskan Islam” dengan pemateri 1. Prof. Dr. Sukiman, M.Si , 2. Dr. Warjio

Medan, 16 Juni 2016. Forum Diskusi Dosen (FDD) UIN SU menyelenggarakan Diskusi minggu Kedua Ramadhan 1437 H. Hadir pada Saat acara Diskusi kali ini Dr. H. Azhari Akmal Tarigan, M.Ag. (Dekan FEBI UIN SU) yang sekaligus memberikan piagam penghargaan kepada para Narasumber, Hadir juga Dr. H. Muhammad Yafiz, M.Ag (Wakil Dekan I) , Dr. Chuzaimah Batubara, M.Ag (Wakil Dekan II ) , Dr. M. Ridwan, MA (Wakil Dekan III), Para Ketua Prodi. Kegiatan ini menghadirkan 2 pemateri yang tidak asing dalam pembahasan yang bertemakan “Pembangunan Berteraskan Islam” yaitu 1. Prof. Dr. Sukiman, M.Si (Guru Besar Fakultas Ushuluddin),  Dr. Warjio (Dosen FISIPOL USU dan Ketua Prodi Pascasarjana Magister Administrasi Publik UMA ).

Hadir juga Ketua FDD M. Latif Ilhamy Nst, MA , Moderator Diskusi / Sekjen FDD Diskusi Sunarji Harahap, MM.,dan para Anggota serta para Dosen FEBI dan Dosen Luar FEBI UIN SU karena Kegiatan ini Terbuka untuk Umum. Antusias para peserta tidak hanya mendapatkan ilmu dari pemateri , beberapa pertanyaan yang diajukan peserta, juga Doorprize Buku Buku yang menarik dan terupdate untuk dibaca diberikan kepada para peserta yang beruntung.

Pemateri 1, Prof. Dr. Sukiman , M.Si menyampaikan Dalam buku 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam yang dikarang oleh Proffesor Dr.Muhammad Syukri Salleh (2003) menyebut tentang prinsip-prinsip yang sepatutnya dipakai oleh pembangunan yang berteraskan kepada Islam terutamanya dalam institusi yang bertunjangkan kepada falsafah yang  berteraskan Islam. Beliau percaya, perkara yang berkaitan dengan umat Islam terutamanya dalam pembangunan harus diurus mengikut syariat Islam. 

 

Terdapat tujuh prinsip utama yang disebut dalam buku tersebut. Prinsip yang pertama adalah tasawur Islam sebagai acuan pembangunan. Kedua, manusia sebagai pelaku pembangunan. Prinsip ketiga pula, alam roh, alam dunia dan alam akhirat sebagai skala waktu pembangunan manakala keempat, ilmu fardhu 'ain sebagai kerangka pembangunan. Kelima, ibadah sebagai perkaedahan pembangunan. Keenam sumber alam sebagai peralatan pembangunan dan prinsip yang ketujuh adalah mardhatillah ataupun mencapai redha Allah SWT adalah matlamat pembangunan.

 

 Tasawur Islam terbentuk hasil daripada epistemologi ilmu Islam itu sendiri yang berasaskan kepada  al-Quran, al-Sunnah, Ijmak ulama dan qias ulama.  Umat Islam mengenali agama Islam dengan ilmu yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang menegaskan tentang tiga perkara utama, iaitu Allah SWT adalah Pencipta; manusia adalah makhluk dan sumber alam juga adalah makhluk yang tunduk kepada Allah SWT. 

 

Apabila manusia memahami tentang tiga perkara, manusia dapat membina pembangunan berteraskan Islam yang tulen mengikut acuan epistemologi dan tasawur Islam. Sumber epistemologi Islam membentuk ilmu fardhu 'ain yang bersangkut paut dengan kewajipan individu seperti hal-hal ketuhanan (ilmu tauhid), hal-hal peraturan hidup (ilmu feqah) sama ada dalam melakukan ibadah, mualamah (pergaulan),munakahat (perkahwinan) dan jinayah (pencerobohan) dan hal-hal berkaitan dengan penyucian jiwa (tasauf). Ilmu fardhu kifayah pula merangkumi aspek yang lebih luas yang melibatkan kehidupan masyarakat seperti perundangan, kedoktoran, politik, ekomoni, pembangunan, sosial dan lain-lain untuk memenuhi keperluan kemasyarakatan seperti pengurusan jenazah, pengajaran dan pengajian ilmu. Biarpun pembangunan secara umumnya berada dalam ilmu fadhu kifayah, berasaskan kepada ilmu fardhu ain yang menjadi kerangka pembangunan . 

Manusia memainkan peranan yang besar dalam menggerakkan pembangunan berteraskan Islam.  Pembangunan Berteraskan Islam melihat manusia sebagai manusia yang cukup satu manusia, iaitu meliputi fizikal dan spiritualnya sedangkan pembangunan lazim hanya melihat manusia dari aspek fizikal semata-mata (Mayor melihat manusia sebagai mesin ataupun aset , manakala Henry Foyal mengatakan manusia adalah hamba ekonomi).

 

Apabila mengatakan manusia adalah manusia yang cukup sebagai satu manusia, hal spiritual manusia juga adalah penting untuk dinilai. Menurut Islam, ketetapan fungsi manusia adalah lebih khusus daripada menjalankan fungsi yang streotaip dan sirkularistik seperti mengguna, membesar,belajar, bekerja, berkeluarga, reproduktif dan meninggal dunia. Ketetapan  fungsi manusia telah ditetapkan sewaktu alam roh lagi. Alam roh adalah alam sebelum manusia dilahirkan ke dunia. Dalam bentuk roh ini, fungsi pertama manusia ditetapkan, dan manusia telah mengakui bahawa Allah SWT adalah Tuhan dan manusia adalah hamba.

Sebagai pelaku pembangunan, di sinilah peranan manusia sebagai hamba dan khalifah diuji. Dalam menghadapi kehidupan di dunia, manusia dikurniakan rohul-tamayyiz yang mana apabila manusia berfikir, ia dikenali sebagai akal, apabila berperasaan dipanggil qalbu dan apabila berkeinginan dan berkehendak dikenali sebagai nafsu. Nafsu manusia dapat dikawal apabila tahap iman seseorang itu berada di tahap nafsu mutmainnah dan ke atas daripada terlibat dengan perbuatan-perbuatan mazmumah untuk menjadi hamba Allah SWT . 

 

Iman seseorang dapat dipertingkatkan dengan melakukan ibadah-ibadah asas yang didasari oleh rukun Islam dan rukun iman, amalan-amalan utama seperti berwirid, berzikir, bertasbih dan  melakukan perkara-perkara sunat yang digalakkan dalam Islam. Apabila manusia melakukan perkara-perkara tersebut, hubungan mereka dengan Allah SWT dapat diperkemaskan dan pembangunan spiritual mereka bertambah kuat. Apabila ibadah-ibadah asas menjadi darah daging, maka ibadah umum yang bersifat fardhu kifayah seperti perundangan, kedoktoran, politik, ekomoni, pembanguan, sosial dan lain-lain dapat dijalankan dengan lebih baik dan sebagai natijah, tertegaklah pembangunan material. Gabungan ibadah asas dan ibadah umum membawa kepada keseimbangan pembangunan rohani manusia dan  pembangunan material.

 

Dalam pembangunan tamadun, tidak dapat dinafikan sumber alam adalah perkara penting untuk memastikan kelangsungan kehidupan manusia di dunia. Apabila berbincang mengenai sumber alam, skopnya meliputi hasil bumi seperti kayu-kayan,emas, besi logam, minyak, gas dan sebagainya yang menjadi peralatan-peralatan pembangunan yang cukup penting. Namun, dalam pembangunan berteraskan Islam melihat sumber alam ini adalah milik mutlak Allah SWT melalui surah al-Syura ayat 12.

Keterbatasan sumber alam tidak menjadi masalah utama jika manusia memahami kalam Allah SWT karena dalam Islam, sumber alam menjadi perkara yang tidak terhad dengan empat faktor ini iaitu, memahami konsep rezeki, kaedah pengagihan semula sumber melalui zakat untuk menyucikan harta, konsep baraqah yang melahirkan sifat qanaah dalam jiwa manusia dan kaedah penggunaan sumber alam.

Apabila prinsip-prinsip ini dilaksanakan oleh manusia, maka matlamat akhir dapat dicapai iaitu memperolehi keredhaan Allah SWT. Apa yang penting bagi manusia di dunia ini adalah menjalankan tanggungjawabnya seperti yang telah dijanjikannya dengan Allah sewaktu alam roh. Alam kehidupun menjadi tempat manusia mengotakan janji. Jika janji tersebut dapat dipenuhi dengan redha Allah SWT, maka Allah juga menjanjikan balasan yang baik kepada hambaNya di akhirat kelak iaitu syurga, tempat yang abadi. Manusia adalah merupakan entiti paling penting dalam menggerakkan pembangunan berteraskan Islam yang meliputi hubungan dengan Penciptanya Yakni Allah SWT dan hubungan sesama makhluk yaitu manusia dan alam.

Ilmu pembangunan berteraskan Islam, tidak pernah muncul sebagai satu disiplin ilmu sebelum ini, walaupun asas-asasnya telah dipraktikkan oleh umat Islam terdahulu dengan jayanya. Kegigihan cendekiawan masakini menggali dan menggilap semula ilmu pembangunan berteraskan Islam, seperti juga ilmu-ilmu lain, cukup mengagumkan. Namun begitu, dalam keadaan dunia didominasi oleh ilmu-ilmu bukan-Islam, kadangkala ilmu pembangunan yang dikatakan berteraskan Islam ini, secara sadar atau tidak nampaknya bercampur aduk dengan ilmu-ilmu bukan-Islam berkenaan.

Masalah ini tentunya perlu diatasi. Antara perkara penting yang mesti dilakukan ialah dengan meneliti kembali acuan ilmu pembangunan berteraskan Islam agar dengan itu ilmu ini dapat lahir dari acuan Islam sendiri.
 

Untuk ini pembangunan berteraskan Islam mesti terbentuk dari empat sumber utama ilmu Islam yakni Al-Qur’an, Hadith, Ijmak dan Qiyas ulamak. Dari sumber ini terbentuklah ilmu yang terbahagi kepada dua, yakni ilmu fardhu `ain dan ilmu fardhu kifayah. Sementara ilmu fardhu `ain menjelaskan tentang ilmu-ilmu yang bersangkutan dengan kewajipan individu manusia, ilmu fardhu kifayah pula bersangkutan dengan kewajipan manusia secara kolektif. Di dalam ilmu fardhu `ain terdapat hal-hal keTuhanan (Tauhid), hal-hal peraturan hidup (Fiqh) dalam pelaksanaan ibadah, muamalah, munakahat atau jinayah, dan Tasawuf.

Pemateri 2 , Dr. Warjio menyampaikan bahwa Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah dan diturunkan kepada manusia bagi mengatur kehidupan mereka. Anutan terhadap keseluruhan ajaran Islam akan menjamin manusia mencapai kejayaan yang hakiki di dunia mahupun akhirat. Sebagai satu agama yang bertindak mengatur perjalanan hidup manusia, Islam merupakan satu ajaran yang istimewa kerana menawarkan garis-paduan dalam seluruh aspek kehidupan. Tiada satupun keperluan diabaikan di dalam ajaran Islam. Justeru itu sebagai satu cara hidup, ajaran Islam mengandungi tiga komponen utama iaitu aqidah, syariah dan akhlak.

Pembangunan adalah salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia. Walaupun begitu tafsiran dan matlamat pembangunan menurut perpektif Islam adalah berbeza dengan apa yang difahami oleh masyarakat barat. Walau apapun langkah yang diambil dan natijah yang terhasil dari pembangunan, ianya tidak boleh terkeluar dari ruanglingkup keredhaan Allah.

Pembangunan Menurut Islam Pembangunan menurut kacamata Islam bukan hanya tertumpu kepada pembangunan kebendaan semata-mata tetapi ia meliputi ruanglingkup yang lebih luas. Secara umumnya pembangunan bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses peningkatan kualiti kehidupan di mana peningkatan kualiti kehidupan ini termasuklah usaha-usaha penambahan dalam tingkat pendapatan dan penggunaan, taraf pemakanan, kesihatan, pelajaran, suasana yang sesuai untuk meningkatkan harga diri dan kebebasan untuk memilih bagi semua lapisan masyarakat bagi sesebuah Negara. Selain dari itu Islam juga melihat pembangunan itu adalah berdasarkan kepada kewujudan kehidupan yang selesa dan sejahtera bagi manusia dalam memenuhi tuntutan jasmani dan rohani, kewujudan sebuah negara yang makmur dan aman tenteram yang dapat memberikan keselesaan jasmani dan rohani serta memaju dan membangunkan manusia dalam semua bidang agar berlakunya peningkatan dalam semua aspek kebajikan manusia seperti moral, spiritual dan material bagi mencapai keselamatan dan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat.

Berdasarkan definisi di atas dapat difahami bahwa pembangunan dalam Islam adalah meliputi semua aspek pembangunan kebendaan (ekonomi) dan pembangunan insan. la ditumpukan kepada pengoptimum kesejahteraan manusia, akhlak dan kebendaan, kerohanian dan fizikal, ekonomi dan ssosial tidak terpisah. Pengertian ini berbeza dari pemahaman umum terhadap pembangunan yang lebih menjurus kepada aspek pembangunan fizikal ataupun pembangunan ekonomi semata-mata.

Pendekatan Pembangunan Menurut Islam
Pendekatan Islam terhadap pembangunan adalah berlandaskan kepada beberapa falsafah yaitu

Pertama : Pembangunan berlandaskan prinsip Tauhid iaitu keesaan dan kekuasaan Allah taala. Prinsip inilah juga yang mengatur peraturan tertentu tentang hubungan manusia dengan tuhan dan sesama manusia.

Kedua : Pembangunan berlandaskan Rububiyyah iaitu menekankan bahawa Allah sebagai penguasa yang membuat peraturan-peraturan bagi menampung dan menjaga serta mengarahkan kehidupan makhluk kearah kesempurnaannya. Ini merupakan ketetapan asas alam sejagat yang memberi panduan dan cara yang ditetapkan oleh Allah bagi menjamin pembangunan sumber-sumber alam secara bermanfaat dan juga hubungan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Ketiga : Peranan manusia sebagai utusan Allah di muka bumi. Asas ini menentukan status dan peranan manusia, menjelaskan tanggungjawab manusia sebagai manusia, sebagai muslim dan sebagai ummah secara umum.

Keempat : Pembangunan berteraskan prinsip penyucian diri dari segala aspek kekotoran sama ada kekotoran hakiki dan maknawi.

Pembangunan Ummah
Pembangunan ummah merupakan natijah yang terhasil dari pembangunan insan. Pembangunan insan sebenarnya adalah satu proses yang kompleks. lanya melibatkan beberapa tahap ataupun tingkat iaitu :

Pertama : Pembangunan fizikal atau jasmani. Pembangunan fizikal merujuk kepada pertumbuhan dari segi ketinggian dan berat badan, kematangan sistem organ utama seperti otak, saraf, deria dan sebagainya. Syariat Islam telah meletakkan satu panduan yang jelas bagi menjana pembangunan fizikal ini seperti menggalakkan seseorang itu menjalani kehidupan yang sihat dari aspek pemakanan yang berzat dan halal, tidur yang mencukupi dan penjagaan kesihatan. Amalan-amalan ibadah juga boleh menjadi alat untuk penjagaan kesihatan seperti pergerakan dalam solat dan amalan berpuasa. Kelemahan fizikal akan menjadikan umat Islam tidak mampu membina tamadun yang gemilang dan juga menghalang mereka dari melaksanakan ibadah-ibadah tertentu.

Kedua : Pembangunan Kognitif. Pembangunan Kognitif membawa maksud proses dimana individu berkembang dari aspek pengetahuan dan keupayaan untuk membuat persepsi, berfikir, memahami dan menggunakan kemahiran dalam menjalani kehidupan. Perkara yang amat berkait dengan pembangunan ini ialah tuntutan menuntut ilmu dan berfikir. Islam jelas menuntut penganutnya agar menuntut ilmu. Ini boleh dilihat dari banyak ayat-ayat al-Quran mahupun hadis yang menekankan agar kita menuntut ilmu dan meletakkan orang yang berilmu lebih tinggi kedudukannya dari mereka yang tidak berilmu. Islam juga menggalakkan panganutnya agar menggunakan akal fikiran dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan.

Ketiga : Pembangunan Emosi. Pembangunan emosi bermaksud perkembangan perasaan dan peluahannya dalam konteks hubungan dengan orang lain atau objek lain di dunia ini. Emosi merupakan sumber keseronokan mahupun kesedihan yang berupaya mempengaruhi perkembangan moral seseorang.

Keempat : Pembangunan Sosial. Pembangunan sosial bermaksud satu proses perkembangan di dalam hubungan antara manusia dengan persekitarannya. Faktor sosial dan budaya merupakan pengaruh penting dalam kehidupan manusia. Keluarga, jiran, masyarakat dan seluruh umat merupakan keadaan persekitaran di mana individu boleh dipengaruhi ataupun mempengaruhi. Justeru itu Islam menggalakkan agar umatnya saling kenal mengenal antara satu sama lain. Syariat Islam juga telah mengatur bagaimana cara kita menjalinkan hubungan sesama kita seperti dalam adab-adab pergaulan di dalam keluarga, jiran tetangga dan masyarakat persekitaran. Tuntutan syariat agar kita saling kasih mengasihani, hormat menghormati, tolong menolong adalah intipati kepada pembangunan sosial ini.

Kelima : Pembangunan Kerohanian : Pembangunan kerohanian mempakan satu proses yang bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertakwa. Ketiadaan jiwa yang bertakwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi pincang. Oleh itu pembangunan kerohanian ini menjadi asas kepada keseluruhan pembangunan yang disebut di atas. Setiap menusia akan menempuh kesemua dimensi perkembangan tadi sepanjang hayat mereka. Setiap tahap perkembangan ataupun pembangunan tersebut dipandu oleh ajaran syariat Islam.

Syariat Islam Sebagai Pemacu Pembangunan Ummah
Pembangunan ummah tidak akan menjadi realiti sekiranya dilaksanakan mengikut acuan pembangunan barat. Barat hanya menitikberatkan pembangunan fizikal yang dipandu oleh akal manusia semata-mata. Akal manusia terbatas kerana manusia tidak mampu memikirkan keperluan manusia yang lain secara meyeluruh. Keperiuan manusia hanya diketahui oleh Allah taala kerana Dia yang menciptakan manusia. Syariah diturunkan oleh Allah dengan beberapa objektif yang utama antaranya ialah :

1. Mendidik manusia.
Kehidupan manusia terdedah kepada ujian dan cubaan. Manusia yang dicipta oleh tuhan adalah lemah yang memerlukan pertolongan dari tuhan dalam menghadapi cabaran yang berlaku. Kehidupan didunia ini penuh dengan cubaan dan ujian sebagai mana yang disebut di dalam surah al-Kahfi ayat 7. Oleh itu syariah diturunkan bagi mendidik manusia menghadapi segala ujian dan cubaan tersebut. Syariah menanamkan keimanan dan nilai-nilai amanah dan kebenaran dalam jiwa seseorang itu. Sebahagaian dari program pendidikan dalam Islam ialah melalui ibadah. Amalan ibadah yang disyariatkan oleh Allah ini memainkan peranan mendidik manusia supaya menjadi ahli masyarakat yang berguna dan member! manfaat kepada yang lain.

2. Memelihara Lima Perkara Asas Dalam Islam.
Objektif kedua syariah ialah memelihara lima perkara yang menjadi tunjang dan pokok bagi kesejahteraan dan keamanan seluruh umat manusia iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Lima perkara ini disebut sebagai maqasid syariah. tuntutan penghayatan dan pemeliharaan terhadap lima perkara ini merangkumi penghayatan terhadap kehidupan peribadi seperti penghayatan terhadap rukun Islam. Mereka yang menghayati tuntutan hukum ini akan dapat mendisiplinkan diri terhadap Allah dan masyarakat. Penghayatan yang kedua berkait dengan perhubungan masyarakat terutamanya dalam hubungan menjaga hak asasi manusia dan tidak mencerobohinya. Jika berlaku pencerobohan maka hukuman tertentu menantinya. Hukuman yang ditetapkan oleh syarak bukan semata-mata bertujuan untuk menghukum sipenjenayah tetapi membendung masyarakat dari melakukan jenayah tersebut. Bagi mencapai matlamat inilah disyariatkan agar melaksanakan undang-undang jenayah Islam seperti hudud, qisas dan takzir.

3. Menegakkan Keadilan.
Syariah diturunkan bagi mendidik dan membangunkan manusia supaya mereka maju didunia dan akhirat. Menurut Islam, kestabuan sesuatu masyarakat bergantung kepada penggabungan kedua-dua aspek iaitu fizikal dan rohani. Ini dapat ditunjukkan melalui tertegaknya keadilan dalam sesebuah masyarakat sesuai dengan firman Allah di dalam surah al-Hadid ayat 25.

Syariah Islam tidak dapat dinafikan sebagai asas pembangunan ummah kerana memiliki ciri-ciri keistimewaannya tersendiri. Syariat Islam merupakan satu peraturan yang bersifat universal dan global (Syumuliyyah). la merangkumi seluruh bidang keperluan manusia. Merangkumi hubungan antara manusia dengan tuhan, sesama manusia dan alam sekitar. Syariah mengatur hubungan dengan tuhan jelas dapat dilihat dalam sistem peribadatan. Manakala dalam hubungan sesama manusia boleh dilihat dalam peraturan kekeluargaan seperti hak dan tanggung jawab suami isteri, ibu bapa ke atas anak-anak dan sebaliknya. Begitu juga dalam transaksi seharian seperti urusan jualbeli, kontrak, sewaan dan seumpamanya. Syariat juga mengatur hubungan antara bangsa seperti peraturan peperangan, hubungan diplomatik dan lain-lain.

Syariat Islam juga tidak membebankan umatnya. ini dijelaskan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 286. Setiap peraturan mahupun ketetapan yang ada di dalam syariat Islam adalah masih lagi berada dalam ruang lingkup kemampuan manusia sama ada ibadahnya mahupun undang-undangnya. Syariat Islam juga adalah syariat yang bersifat kemanusiaan. Syariah mewajibkan tolong menolong, zakat, wakaf, sedekah dan lain-lain. Ini dijelaskan di dalam surah al-Maidah ayat 2. Selain dari itu syariah Islam juga bersifat kontekstual ataupun praktikal dimana setiap ketetapan yang ada adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan oleh kudrat manusia. Walaupun kita kaji dan halusi seluruh peraturan yang ada dalam syariat Islam kita tidak akan menemui sesuatu yang Allah tetapkan kepada hambaNya adalah sesuatu yang di luar kemampuan manusia. Contohnya dalam ibadah seperti sembahyang, puasa zakat, haji dan lain-lain lagi. Allah tidak mewajibkan kita sembahyang sepanjang masa tetapi hanya lima kali sehari semalam. Allah tidak mewajibkan kita berpuasa sepanjang tahun tetapi hanya sebulan sahaja dari setahun itupun bukannya berpuasa sepanjang hari tanpa boleh berbuka. Allah tidak mewajibkan zakat ke atas seluruh umat Islam tetapi hanya ke atas mereka yang berada. Begitu juga kewajipan haji bukannya setiap tahun tetapi sekali seumur hidup.